Friday, March 15, 2013

Keputusan SPM-Rezeki dari Allah s.w.t



Assalamualaikum w.b.t. buat semua pembaca blog Cik Bunga.
Nampaknya debaran makin terasa buat semua calon SPM 2012.Mana taknya,keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 20 Mac 2013 ni.Siapa yang rasa dia dah buat yang terbaik pasti tak sabar-sabar nak tengok result kan?
Yang jawab exam ala-ala kadar tu mesti rasa malas je nak tengok result.
"Ahh..ikut mu la result nak tubik lagu mano pun..Malas baso aku!"
 Sebenarnya adik-adik,segala apa keputusan yang akan keluar nanti adalah cermin kepada segala usaha yang telah kita lakukan selama ni.Kalau kita dah buat sehabis baik,insyaallah result yang terbaik la yang kita dapat.Kalau buat cincai-cincai je time exam,result nanti pun cukup-cukup makan je.
"Tapi kak,kawan saya tu saya nampak dia bukannya rajin sangat pun.Kalau ikut tahap kerajiran,saya lagi rajin.Dia dalam kelas saya nampak dia asyik main je.Tapi kenapa result dia lagi tinggi daripada saya?Isshhh.." 
Jangan begitu ye.Adik-adik kena yakin dengan rezeki yang Allah s.w.t telah tentukan kepada setiap seorang makhluk-Nya di atas muka bumi ni selagi mana kita berusaha.Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Kalau kita dah berusaha sehabis daya tapi tetap tak dapat keputusan yang kita inginkan,itu tandanya Allah s.w.t nak uji kita.Ujian tu tanda kasih sayang Allah s.w.t,supaya kita bergantung harap hanya pada Dia.

Apa yang paling penting,kita dah berusaha sehabis mungkin.Kita siapkan semua kerja yang guru amanahkan kepada kita.Kita dah jaga hubungan dengan ibu bapa,keluarga,guru-guru dan kawan-kawan.Setiap malam kita solat hajat dan baca Yassin.Barulah jalan mujahadah menuntut ilmu itu manis.


Apa sahaja keputusan yang keluar nanti dapat kita terima dengan redha sebab kita yakin Allah s.w.t akan bagi yang terbaik buat kita.

Tak semestinya straight A's itu terbaik untuk kita.Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.Mintalah hanya pada Dia.Bergantung harap hanya pada Dia.
Apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan nanti,baik atau buruk,itu semua rezeki dari Allah s.w.t.
"Janganlah,ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun pada kadar kerlipan mata atau kadar masa yang lebih singkat dari itu.Ya Allah ya Tuhan kami,Engkau Tuhan Yang Maha memperkenankan segala permintaan"

No comments:

Post a Comment