Tuesday, March 19, 2013

SELAMAT HARI JADI IBU

Ibu dan ayah tercinta


Assalamulaikum w.b.t.
Semalam(sepatutnya hari ni;terlewat post lebih pukul 12 tengah malam) merupakan harijadi ibu Cik Bunga yang ke-50.SELAMAT HARI JADI IBU.Rindunya dekat ibu yang berada nun jauh di Kelantan.
Terima kasih Allah s.w.t kerana mengurniakan ibu yang terbaik untuk Cik Bunga.Tiada wanita lain dalam dunia ni yang mampu menggantikan tempat ibu.
Dalam pukul 9.30 malam tadi,ibu Cik Bunga telefon,dapat panggilan percuma la katakan.Kebetulan housemate Cik Bunga ada sekali time tu.Diorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai untuk ibu.
"Siapa punya harijadi yang diorang nyanyi ramai-ramai tu?," ibu tanya.
"Harijadi ibu la..diorang nyanyi untuk ibu..hehe.." aku jawab.
"Laa..haha..thank you,thank you..Lawak la budak rumah Ijah ni.." ibu gelak-gelak je.
Cik Bunga tak tahu hadiah apa nak bagi ibu.Hari Jumaat ni ibu nak datang melawat Cik Bunga sambil jalan-jalan.Cuti sekolah seminggu la katakan.Tapi yang sedihnya Cik Bunga ada exam hari Isnin tu.Tak dapat la nak ikut ibu jalan-jalan.Rasanya nanti nak belikan ibu blueberry cheese cake.Sedapnyaaa..Nyum-nyum..
Anyway,selamat hari jadi sekali lagi untuk ibu.Ijah sayang ibu sangat-sangat.Semoga hidup ibu diberkati,dirahmati dan dilimpahkan rezeki oleh Allah s.w.t.


Blueberry Cheese Cake

 

Friday, March 15, 2013

Keputusan SPM-Rezeki dari Allah s.w.t



Assalamualaikum w.b.t. buat semua pembaca blog Cik Bunga.
Nampaknya debaran makin terasa buat semua calon SPM 2012.Mana taknya,keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 20 Mac 2013 ni.Siapa yang rasa dia dah buat yang terbaik pasti tak sabar-sabar nak tengok result kan?
Yang jawab exam ala-ala kadar tu mesti rasa malas je nak tengok result.
"Ahh..ikut mu la result nak tubik lagu mano pun..Malas baso aku!"
 Sebenarnya adik-adik,segala apa keputusan yang akan keluar nanti adalah cermin kepada segala usaha yang telah kita lakukan selama ni.Kalau kita dah buat sehabis baik,insyaallah result yang terbaik la yang kita dapat.Kalau buat cincai-cincai je time exam,result nanti pun cukup-cukup makan je.
"Tapi kak,kawan saya tu saya nampak dia bukannya rajin sangat pun.Kalau ikut tahap kerajiran,saya lagi rajin.Dia dalam kelas saya nampak dia asyik main je.Tapi kenapa result dia lagi tinggi daripada saya?Isshhh.." 
Jangan begitu ye.Adik-adik kena yakin dengan rezeki yang Allah s.w.t telah tentukan kepada setiap seorang makhluk-Nya di atas muka bumi ni selagi mana kita berusaha.Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Kalau kita dah berusaha sehabis daya tapi tetap tak dapat keputusan yang kita inginkan,itu tandanya Allah s.w.t nak uji kita.Ujian tu tanda kasih sayang Allah s.w.t,supaya kita bergantung harap hanya pada Dia.

Apa yang paling penting,kita dah berusaha sehabis mungkin.Kita siapkan semua kerja yang guru amanahkan kepada kita.Kita dah jaga hubungan dengan ibu bapa,keluarga,guru-guru dan kawan-kawan.Setiap malam kita solat hajat dan baca Yassin.Barulah jalan mujahadah menuntut ilmu itu manis.


Apa sahaja keputusan yang keluar nanti dapat kita terima dengan redha sebab kita yakin Allah s.w.t akan bagi yang terbaik buat kita.

Tak semestinya straight A's itu terbaik untuk kita.Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.Mintalah hanya pada Dia.Bergantung harap hanya pada Dia.
Apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan nanti,baik atau buruk,itu semua rezeki dari Allah s.w.t.
"Janganlah,ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun pada kadar kerlipan mata atau kadar masa yang lebih singkat dari itu.Ya Allah ya Tuhan kami,Engkau Tuhan Yang Maha memperkenankan segala permintaan"

Keputusan SPM 2012

KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini.

Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran, kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

"Bagi keputusan calon persendirian, ianya akan dimaklumkan menerusi kiriman pos ke alamat kediaman para pelajar.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh Negara.


sumber : klpos blogger

Thursday, March 14, 2013

Hati Terbuka Untuk Menulis

Assalamualaikum semua..Hai..Sihat-sihat ke semua..Cehh,macam ramai je pembaca blog aku..Haha..Abaikan..

Memang dah lama Cik Bunga tak jenguk blog ni.Agaknya dah ada sarang apa ek?Mana la janji-janji Cik Bunga nak update blog lepas SPM ni?Cik Bunga pun tak pasti kenapa perasaan nak menulis kat blog ni membuak-buak,tapi hati rasa macam malas je.Mana-mana kaki blogger tolong bagi nasihat sikit dekat Cik Bunga ni.

Hari ni sebenarnya hasrat di hati Cik Bunga nak mencari-cari info pasal Huntington Disease.Bukannya apa,tengah hari tadi Cik Bunga belajar pasal Gentic Inheritance.
Huntington Disease ni boleh diwarisi oleh anak-anak.Jika salah seorang daripada ibu bapa menghidap Huntington Disease,kebarangkalian untuk anak mereka menghidap penyakit ni ialah 50%.Jika kedua-dua ibu bapa menghidap penyakit ni,peratus untuk anak mereka dapat penyakit ni ialah 75%.
Bahaya sangat ke penyakit ni Cik Bunga oiiii...
Memang bahaya.Penyakit ni boleh membawa maut.Nak baca lebih lagi nah klik sini.
Sudahlah bercerita pasal penyakit tu.Terbeban pulak baca nanti.Dah lah mood nak menulis baru dapat ni.

Kenapa mood nak menulis tiba-tiba dapat?Sebabnya tadi Cik Bunga ada terbukak blog sorang mamat ni,Blog Cap Ayam(nama rekaan sendiri).Menarik jugak blog dia ni sebab kartun-kartun dalam tu rasanya dia yang buat sendiri.Cantik dan kemas.
Lepas bukak blog ayeemayam tu bukak la pulak blog Hanis Zalikha.Lagi la perasaan nak menulis ni membuak-buak.
So,apalagi,Cik Bunga pun log in la Blogger.

Rindunya dekat blog Cik Bunga.Biarpun followers seciput je,tapi Cik Bunga ada harapan tinggi yang followers seciput tu akan berkembang jadi seketul,selori,senegeri,seMalaysia dan seterusnya sealam semesta! Insyaallah!
 Sebab tu Cik Bunga nak start menulis semula dan terus menulis agar impian Cik Bunga jadi kenyataan!