Showing posts with label CERITA AKU. Show all posts
Showing posts with label CERITA AKU. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

SELAMAT HARI JADI IBU

Ibu dan ayah tercinta


Assalamulaikum w.b.t.
Semalam(sepatutnya hari ni;terlewat post lebih pukul 12 tengah malam) merupakan harijadi ibu Cik Bunga yang ke-50.SELAMAT HARI JADI IBU.Rindunya dekat ibu yang berada nun jauh di Kelantan.
Terima kasih Allah s.w.t kerana mengurniakan ibu yang terbaik untuk Cik Bunga.Tiada wanita lain dalam dunia ni yang mampu menggantikan tempat ibu.
Dalam pukul 9.30 malam tadi,ibu Cik Bunga telefon,dapat panggilan percuma la katakan.Kebetulan housemate Cik Bunga ada sekali time tu.Diorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai untuk ibu.
"Siapa punya harijadi yang diorang nyanyi ramai-ramai tu?," ibu tanya.
"Harijadi ibu la..diorang nyanyi untuk ibu..hehe.." aku jawab.
"Laa..haha..thank you,thank you..Lawak la budak rumah Ijah ni.." ibu gelak-gelak je.
Cik Bunga tak tahu hadiah apa nak bagi ibu.Hari Jumaat ni ibu nak datang melawat Cik Bunga sambil jalan-jalan.Cuti sekolah seminggu la katakan.Tapi yang sedihnya Cik Bunga ada exam hari Isnin tu.Tak dapat la nak ikut ibu jalan-jalan.Rasanya nanti nak belikan ibu blueberry cheese cake.Sedapnyaaa..Nyum-nyum..
Anyway,selamat hari jadi sekali lagi untuk ibu.Ijah sayang ibu sangat-sangat.Semoga hidup ibu diberkati,dirahmati dan dilimpahkan rezeki oleh Allah s.w.t.


Blueberry Cheese Cake

 

Friday, August 19, 2011

Setelah berabad lamanya!

Assalamualaikum w.b.t. semua!!!
Puuhhhh...puhhhhhh...
nak tiup habuk jap...banyak betul habuk kat blog Cik Bunga nie..al-maklumlah,dah berabad tak update..
Kawan-kawan Cik Bunga pulak tak abis-abis la duk tanya
"Ijah...bila awak nak update blog awak tu..ishhh...boring la saya tengok..tajuk sama since awal tahun lagi.."
"Ijah oiiiii...blog tu simpati mata memandang je saya tengok..sunyi sepi je..."
Cik Bunga senyum je...huuhu..Cik Bunga tak de masa ok!(mengalahkan Perdana Menteri Uganda)
Ada jugak kawan Cik Bunga kata
"Ijah ni sampai tak de masa nak update blog!Mesti study nih!!"
 Cik Bunga nak kata 'tak' pun tak tergamak(sebab Cik Bunga memang tak study!)..so,Cik Bunga cakap..
"Memang saya study pun....study dalam mimpi je..ngeehehee.."
 Kat sini Cik Bunga nak tegaskan yang Cik Bunga sebenarnya banyak tidooooooooo..Menghabiskan sisa-sisa hidup atas katil.(bunyi macam orang lumpuh la pulak aku ni)
Tapi Cik Bunga janji,insyaallah lepas ni Cik Bunga akan jadi orang yang aktif meng'update' blog okey!Lepas ni tu bila???Okey..okey...lepas tarikh keramat 14 December 2011..kenapa dengan tarikh tu?Lepas SPM la tu....huhu...dah tentu-tentu dah Cik Bunga tak benda nak buat selain berinternet je.
Lepas je tarikh keramat tu,insyaallah Cik Bunga nak buat transformasi besar-besaran kat blog ni!Supaya boleh dikunjungi oleh golongan remaja,kanak-kanak bawah umur 18 tahun,orang dewasa,mahupun warga emas yang menjangkau usia 90 tahun.Ya.........itulah harapan Cik Bunga!(muka serius sambil genggam tangan kanan)Semoga harapan ni tercapai.Insyaallah!!

p/s : Lepas ni nak tidoooooooooooo....^_____^

Saturday, December 18, 2010

Wuhuuu..lamanya tak update blog..


Woo..Lama betul tak update blog ni..Ish..ish..ish..penuh sawang...berhabuk dah..hahaha..
Bukan ape,ishh..tak de masa la...hehehee...bunyi macam orang sibuk je..hahaha...cettt~memang sibuk pun...
Eheee~biasalaa..orang bisnes kan...huhuhu..ntah la macam mana terlintas kat otak aku ni nak buat bisnes..Memang aku ni suka cuba sesuatu yang baru.Aku nak rasa pengalaman.Aku percaya selagi kita berusaha kita akan jumpa jalannya..
"If there is a will,there is a way.."
Ceh,berperibahasa inggeris pulak aku..hua3..
Anyway,daripada duk saje2 menghabiskan masa main facebook,lebih baik la aku bukak bisnes.Tapi humanghaaiiihhh..letih doe...memang letih wa cakap lu beb..haha...dengan bermacam-macam karenah pelanggan.Kadang-kadang stock barang lambat sampai,habis customer hangin..huhuhu..aku sabar je..
Untuk mendapat sesuatu yang baik mesti ade buruk dia kan..sebab dunia ni memang macam tu..Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Berenang-renang ke hulu,berakit-rakit ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian..
Pulangan yang aku dapat agak lumayan jugak la untuk student umur 16 tahun macam aku ni,boleh pegang duit ratus-ratus kira nilai yang besar dah tu...!!
Sekarang ni,baru aku tahu betapa susahnya nak mencari rezeki.Baru aku tahu pengorbanan ibu dan ayah aku selama ni.Duit yang aku ada ni aku nak simpan.Aku nak guna tak tergamak tau tak..sebab aku dah rasa macam mana peritnya nak dapat duit tu..bukan senang tau..orang yang tengok memanglah nampak senang kan..tapi aku yang menanggung ni..(bunyi macam kena dera la pulak..hehehee..)
So,kawan-kawan aku semua..harap korang hargailah setiap ringgit yang korang belanjakan.Sebab duit yang korang pegang tu hasil titik peluh mak bapak korang mencari rezeki.Korang belum rasa lagi macam penatnya nak membesarkan anak-anak.
So....hargai mak bapak dan hargai duit korang kerana itu semua rahmat dan rezeki dari Allah..
Sekian,Assalamualaikum..=))

Friday, March 12, 2010

My PMR..uhh..

,sedihwalaupun dah beberapa bulan pmr berlalu...


pagi tu aku dtg sekolah dalam pukul 8 la tak silap aku..
aku tahu,keputusan lambat lagi..
saja datang awal...
memang hati nie berdebar-debar nak tunggu result...
pastu aku duduk2 jap..
datang la ustazah noraini...dia dah tau result...
perhh..kelas gitu ustazah
ibu aku pun ada kat situ masa tu..
ibu aku tanya dia"macam mana result?"
ustazah cakap..ramai yg dapat 8A..
ibu aku tanya lagi"izzah boleh berapa A?"
ustazah cakap"izzah boleh 8A.."
ustazah tgk muka ak..
eh,betul ke ni..Alhamdulillah la kalau macam tu..aku amik 9 subjek..kalau leh 8 kira ok r tu..
aku pun g la kt kantin nk tgk slip keputusan aku..
aku cari nama aku..
aku tengok......

NUR IZZAH IZZATI BT ZAWAWI
DFOO9KO29

aku tenung dari atas sampai bawah slip keputusan aku..
aku kira jumlah A aku..
1,2,3,4,5,6,7....7????
ustazah kata 8?
ya Allah,adakah ini ujian yang Kau berikan??
ntah,aku x thu knp aku rasa mata aku pns smacam je..air kluar laju je dr mata aku...
mcm mna aku nk ckp kt ibu aku ni?dia ingat aku bleh 8A..
aku pun g kt dia..aku tunjuk slip aku..
"izzah boleh 7??ibu aku tnya..
aku angguk je..xleh tgk muka dia lama2..rasa bersalah,rasa nk meraung pun ada..p aku control..org ramai ni..
aku pn terus g kt kwn2 aku..asal aku tanya je 8A..tnya sini 8..tnya sana 8..
ya Allah,sedih nya aku..aku boleh 7..
pagi petang siang malam aku nangis..tp nangis snyp2 lam bilik..xnk tnjuk kt ibu aku..
lama jgk aku nk recover n happy balik mcm dulu..

sekarang nie aku dh pun recover..
aku dh bleh trima knyataan...
aku tau..Allah buat semua nie ada sbb...ada hikmah di sebalik semua nie..
Dia takkan uji kita kalau kita x kuat melalui ujianNya..Dia Maha Mengetahui..
aku rasa bersyukur sangat sebab aku ialah insan yg telah dipilih Allah untuk diuji..

kesimpulannya,janganlah berputus asa walaupun kita gagal..
failure is the best teacher..
kegagalan telah mngajar aku erti kekuatan dan kesabaran..
aku akan bangkit semula daripada kejatuhan ini..
sekali kita gagal x brmakna kita gagal untuk selama-lamanya..
semua org tahu,bukan senang nak senang..
my next mission SPM 2011..9A plus..i promise..
insyaAllah...

tak ketinggalan,
tahniah kepada my friend Ahmad Syahmi b Amran dan Nor Izmawani..
diorang dapat straight A..sekarang ni sdg belaja r d SAS ngan Mrsm..
dan kpd semua kwn2 yg berjaya dlm PMR 2009..
congratulations!!!